Sunday 29 April 2012

FIKIRAN KITA UMPAMA DOA

Rasanya mungkin Anda pernah terlihat perkara buruk berlaku pada orang baik, sikapnya baik, perilakunya baik, pergaulannya baik. Namun orang baik itu selalu ditimpa perkara buruk.

Minda separa sedar Anda menarik perkara serupa dengan perkara yang kerap Anda fikirkan. Apa yang Anda bayangkan selalu, itulah yang akan dimunculkan dalam hidup Anda lalu ia terzahir di persekitaran Anda.

Perkara buruk berlaku kepada orang baik kerana di fikiran orang baik itu wujud perkara-perkara buruk yang diingat berulang-ulang banyak kali.
 
Tingkah laku mereka baik tapi di fikiran, selalu memikiran perkara-perkara buruk, sikap buruk orang lain yang mereka tidak sukai, perbuatan buruk rakan-rakan sekeliling yang mmereka rasa kurang senang, memikir situasi-situasi buruk yang berlaku di sekeliling dunia terlihat dari media seperti berita dan internet.
Semua itu tidak pernah dicakap, diluah, sebaliknya bermain di minda orang-orang baik ini. Maka lama kelamaan perkara-perkara buruk muncul satu-persatu dalam hidup mereka.
Semua ini berlaku dengan izin Allah swt, sebab fikiran kita umpama doa. Lebih banyak Anda berfikir tentang sesuatu, samalah seperti kita berdoa banyak kali supaya apa yang difikirkan itu dimuncukkan menjadi realiti dalam hidup Anda.
Kata-kata di fikiran bertindak menjadi doa senyap yang dipanjatkan ke hadrat illahi, inilah doa yang tidak pernah terucap tapi asyik dipinta tanpa sedar.
Perkara baik boleh terjadi para orang bersikap buruk simply sebab di dalam fikiran, mereka selalu memikir yang baik-baik iaitu perkara berkaitan dua hal – cinta (love) dan keseronokan (Enjoy). Orang bersikap buruk ini seakan bertuah sebab asyik mendapat perkara yang menggembirakan mereka.
Perkara baik boleh terjadi pada orang bersikap baik jika dia terus menerus berfikir yang baik-baik iaitu dengan mengingat perbuatan baik orang lain yang dilakukan pada mereka, mengingat peristiwa-peristiwa menggembirakan serta merasa seronok menjalani hidup – rasa bahagia.
Paling penting, elak mengomplen dan memberi komen buruk. Sebaliknya, tanamkan sikap suka mengagumi dan menghargai.
Bila Anda gembira, semua perkara jadi senang dan beribu perkara baik muncul satu-persatu dalam hidup Anda di dalam berbagai aspek – perhubungan, kerjaya, kewangan, ibadah. Anda merasa terdorong untuk menjadi lebih baik simply sebab Anda merasa bahagia, ada cinta, ada keseronokan.
Misi Anda hari ini adalah untuk mengekalkan rasa gembira dan bahagia di dalam hati juga di fikiran. Lakukanlah apa jua cara halal untuk kekalkannya
 

Apabila Awan Baik Bercinta

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."  (Surah An-Nuur, 27)


Aku berjalan kaki. Berjalan di atas tanah yang dihiasi dedaun kering. Hampir semua dedaun kering itu menjerit kesakitan apabila dipijak walaupun cuma tekanan daya yang perlahan. Berjalan dengan muka kosong dan pening kepala. Mungkin aku tersalah tidur sekali lagi .

Aku duduk di bangku kayu bersama teman imaginasi aku yang sukakan awan. Hairan. Entah kenapa sudah berumur lapan belas tahun tetapi masih lagi ada teman imaginasi .
Hairan juga sebab dia betul-betul sukakan awan. Aku masih lagi belum berani persoalkan kegemarannya berkenaan awan .

Ketika itu , mata teman imaginasi aku semakin liar menangkap awan di langit biru. Tangannya diregang ke atas , memicit langit untuk meraba awan yang laju bergerak . Gembira .

Namun , saat awan yang berbintik merah berlari laju ke telinga aku , terasa satu aura keberanian yang menyelaputi jasad . Muka yang kosong menjadi bernombor . Itu tandanya aku mahukan bicara..

dipetik dari artikel iloveislam..

You Need To Have ALL These "keys"

Happy monday guys! :)

Tadi terjumpa tips ni  kat twitter kawan..So, macam biasa nak share jgk dgn kawan yg lain. Nampak simple sgt 6 'kunci' ni, tapi bukan senang nak jaga keenam-enam benda ni. sorang memang xjadi//mesti kena ramai2..hahha

bukan ku pinta bukan ku memaksa.sekadar kongsian..Terpulang pada diri masing-masing, macam mana nak kawal dan jaga hubungan dengan orang sekeliling. Yang pasti, KEIKHLASAN tu perlu ada ok..itu saje....

 

 bersama-sama membina 1keluarga
 

6 keys to a good relationship: 

i) friendship

ii) freedom

iii) honesty 

iv) trust

v) understanding 

vi) communication

Sama-sama kita mainkan peranan masing-masing okay? Tak susah sangat pun, cuma kita kena 'alert' deangan orang sekeliling so that there won't be any misunderstanding occur at the en of the day :)

cikit untuk yg berCINTA....

Dear you... 

I'll be with you, 
even if you can't see me. 
Let your heart guide you.
It whispers, so listen closely.
Life never stops pushing forward. 
Stay focused and never slow down with regrets. 
Smile, forgive, forget, and keep moving.

These are the best way to live your life to the fullest :')


# Jarak sesuatu perhubungan itu tidak penting. Asalkan wujud persefahaman, tolak ansur dan kepercayaan antara si gadis dan si jejaka. Tidak perlu 'dating', tidak perlu 'sms', tidak perlu sebarang panggilan telefon andai di hati mereka sentiasa mengingati antara satu sama lain. Itu sudah memadai.kejujuran tidak akan wujud tanpa kesetiaan yg mendalam..hanya Allah saja yang menentukan jodoh kita..tapi manusia haruslah sentiasa untuk mencubanya..semoga kawan2 di luar sana mendapat keberkatan dalam percintaan.

Diet Hang Tuah

Assalamualaikum....
Apa habaq semua???hehe
Baru2 ni aku ada terbaca mengenai 'Diet Hang Tuah'
yang telah dibukukan oleh Mat Hassan Esa
Antara intipati buku tersebut ialah:
 
> Pemakanan Hang Tuah adalah seimbang di mana jumlah kalori disumbangkan sehari adalah 25% karbohidrat, 25% fiber, 25% protein dan 25% lemak.
> Lakukan senaman sekurang-kurangnya 25 minit sehari dan senaman lasak 3 kali seminggu.
> Pumping, push up dan squatting 20 kali sehari sama ada pagi, petang atau malam.
> Terdapat 4 tahap kekuatan; Pertama ialah kekuatan fizikal, kekuatan fizikal mempengaruhi kekuatan kedua iaitu kekuatan mental, kekuatan kedua berkait rapat dengan kekuatan ketiga iaitu kekuatan rohani dan terakhir sekali kekuatan emosi.
p/s: Kalau kat Kedah, 'Hang' lebey dari 5 bersaudara kot...

Sembilan Untukku, Satu Buatmu

Wahai dikau pemilik persona yang mendamaikan,
Maafkan aku kiranya nukilan ini membuatmu jauh hati padaku

Padamu selalu aku bisikan, dalam senda beralas, dalam gurau berbalas.
Bukan aku tak bersedia menerimamu sepenuhnya,
Bukan aku tak bersungguh denganmu seadanya.
Tapi itulah kata syariat, itu jugalah kata adat.

Langkah harus beringat, berkasih biar bertempat
Bagiku telah difitrahkan sembilan akal bak pahlawan,
Dan satu nafsu yang tidak terlawan,
Bagimu sembilan nafsu yang mudah ditawan,
Dan satu akal yang berpangkat bawahan

Bukan ini diskriminasi ilahi
Tapi itulah anugerah yang sangat berseni
Terciptanya kamu dari serpihan penuh rahsia
Yang mohon dituntun penuh waspada

Barang kau ingat wahai puteri
Sembilan akalku nakal tidak terperi
Satu nafsuku itulah raja, akalku pula setia bekerjasama
Sembilan akalku sedia berpadu,
demi memenuhi nafsu yang satu

Kutahu juga sembilan nafsumu bertakhta
Satu akalmu sering kecundang kehilangan kuasa
Itulah sebab benteng kubina, kerana sayangku padamu tidak terhingga
Aku tidak mahu kasarnya sentuhan,
mencalarkan kacamu yang kerapuhan,
Kubimbang jika aku bukanlah jodohmu,
kelak kau tersisa tidak bermutu

Kupohon kau jagalah peribadimu,
jangan terlalu mudah memberi sebelumnya waktu
Biar sombong dikata duniawi, asalkan jadi cemburuan bidadari syurgawi
Bukan aku tidak kasih padamu, bukan juga aku tak kisah padamu
Tapi biarkan itu berlaku seiring waktu
Sebagai bingkisan jodoh yang datang bertamu.
Aku bukanlah Ustaz Wan Aqasha, dan kau juga bukan Ustazah Siti Norba'yah
Tapi kuharap cinta kita semanis kurma, dan mahligai terbina penuh ceria
Kuharap dikau bukan pilihan yang salah,
Sebelum jodoh datang menjengah
Bersamalah menimba ilmu yang payah,
Agar saat istana bergoyah,
Bahtera kita masih berarah.
Ketika restu dan izin-Nya mencurah,
Akan kupinangmu dengan Bismillah.

Monday 16 April 2012


10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
   Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

          2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
              Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

          4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
              Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

           6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
               Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

          8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
              Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

         10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
                ini tidak benar